tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
SILA HANTARKAN KARYA ANDA BERSERTA GAMBAR KEPADA KAMI DI ALAMAT karseza09@yahoo.com

Wednesday, February 25, 2009

HADITH MINGGU INI

”Tidak sempurna Iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji”

[ Hadith Riwayat Ahmad]

Soal Jawab Agama 5

SOALAN : WAJIB DIAM BILA KHUTBAH JUMAAT?
Ustaz, memang tidak dinafikan mendengar khutbah itu hukumnya adalah wajib, tetapi bagaimana sekiranya di pertengahan khutbah kita mendengar ucapan salam dari kawan, apakah kita wajib mengucap slam itu?
JAWABAN:
Benar, ketika Khatib berkhutbah para Jemaah mestilah diam, kerana Imam 4 mazhab (Syafiie, Maliki, Hambali, Hanafi) telah sepakat bahawa mendengar khutbah itu adalah syarat sah Jumaat. Di dalam Kitab Taudihul Ahkam yang saya baca, terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai menjawab salam dan menjawab doa orang bersin . Imam Ahmad melalui jalan riwayat Atho’ ada menyebutkan: orang yang mendengar khutbah tidak boleh menjawab salam dan menjawab doa orang bersin, jika tidak mendengar khutbah tidak mengapa, walaubagaimanapun ada hadith yang diriwayatkan oleh as-Syaa’bi, sa’id bin Jubair, dan Ibrahim an-Nakhoie yang jelas melarang menjawab salam dan menjawab doa orang bersin ketika khatib sedang berkhutbah. Kesimpulannya lebih berat kepada Wajib diam bila mendengar khutbah Jumaat ., waallahu Aklam

SUMBER : KOLEKSI SOAL JAWAB MAHASISWA PENYELIDIKAN & SUNTINGAN : HABIHA @ CITU UiTM

Sedutan Khutbah Jumaat

”KEHIDUPAN DUNIA PENENTU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT”

Sebagai bukti keadilan Allah SWT. Ganjaran dan balasan di akhirat sangat setimpal dengan amalan setiap makhluknya. Sesungguhnya kehidupan akhirat itu berkait rapat dengan kehidupan kita semasa di dunia ini. Jika amalan kita soleh, maka sejahtera dan berbahagialah kita di akhirat kelak. Tetapi sekiranya amalan kita buruk, maka derita dan sengsaralah kita. Ibadah harian kita seperti solat, puasa, berzakat dan mengerjakan haji hanya sebahagian kecil daripada masa hidup kita sebaliknya kita banyak mempergunakannya untuk mengejar kebahagiaan hidup di dunia. Persoalan penting di sini adakah itu tergolong dalam amalan soleh. Adakah cara kita mendapatkan keperluan makanan, pakaian, rumah, kenderaan, pangkat itu betul. Islam menuntut supaya sentiasa memperhati dan mengawasi setiap amal yang dikerjakan. Ini kerana di akhirat nanti Allah SWT akan bertanya kepada umat manusia tentang segala nikmat yang mereka perolehi semasa di dunia dahulu. Manusia ditugaskan untuk memikul amanah besar dalam kehidupan bukan sekadar berseronok-seronok. Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan pula untuk kehidupan yang kekal abadi. Kita perlu memperhambakan diri kepada Allah SWT dalam sesuatu pekerjaan duniawi mestilah antara lain mematuhi perkara-perkara berikut:
Pertama :Pelaksanaan sesuatu pekerjaan hendaklah diniatkan kerana mencari keredhaan Allah.
Kedua : Hendaklah sesuatu pekerjaan adalah perkara yang diharuskan oleh syarak. Adalah berdosa menjalankan kegiatan yang diharamkan oleh syarak.
Ketiga : Hendaklah sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan cara-cara yang di haruskan oleh syarak, yang berprinsipkan ta’abudd dan mementingkan kemaslahatan ummah. Haram samasekali kegiatan yang dilaksanakan dengan kaedah yang di pengaruhi oleh runtunan hawa nafsu dan tipu daya syaitan.

Kesimpulannya dalam mencapai apa juga tujuan dan matalamat dalam kehidupan, Islam telah menetapkan panduannya iaitu bercirikan ta’abuddiyyah dan ihsan

SUMBER TEKS : IHSAN JAKIM : 22 August 2008 DIBACA OLEH KHATIB PADA : 20 FEB 2009

BIMBINGAN SEERAH SIRI 04


Di dalam kisah nabi Luth terdapat penghinaan terhadap perbuatan dosa homoseks dan ancaman dari Allah dengan azab yang pedih bagi pelakunya di dunia dan akhirat.

Homoseks (liwat) adalah seburuk-buruk perbuatan keji. Kerana ia menunjukkan atas adanya kerosakan dan penyakit di dalam tabiat kemanusiaan dan bahayanya sangat besar bagi masyarakat, malah telah menurnkan darjat manusia menjadi lebih rendah daripada binatang.

Al-Quran telah mendedahkan perbuatan keji ini dan Allah telah mencelanya di dalam banyak ayat-ayatNya. Kaum Luth yang telah dijangkiti oleh penyakit homoseksual (liwat) itu telah digambarkan oleh al-Quran dengan sifat-sifat yang tercela. Firman Allah SWT bermaksud: “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang telah dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (asy-Syu’ara:165-166)

Mereka telah melampaui batas-batas syariat Allah, serta nilai-nilai kebenaran dan kebaikan, sehingga mereka termasuk orang-orang derhaka yang kederhakaannya harus dibalas dengan seksaan. Allah menggambarkan mereka dengan kebodohan sebagaimana firmanNya bermaksud: “Mengapa kamu mendatangi lelaki (memenuhi) nafsu (mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu).” (an-Naml:55)

Allah SWT juga menggambarkan mereka ini dengan sifat berlebih-lebihan, firmanNya bermaksud: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsunya (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang berlebih-lebihan.” (Al-A’raf:81)

Mereka ini berlebih-lebihan dalam nafsu dan dalam melanggar batas yang telah digariskan oleh Allah kepada hambaNya. Orang yang suka berlebih-lebihan adalah teman-teman syaitan yang merosakkan masyarakat.

Kota Sodom yang terletak di daerah Jordan yang bersempadan dengan Palestin adalah negeri pertama yang telah tersebar perbuatan keji ini. Allah SWT telah menerangkan azab yang telah menimpa negeri tersebut: “maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.”

Allah SWT juga memperingatkan kepada seluruh manusia di muka bumi ini agar menjauhi perbuatan ini, jika tidak, mereka juga akan ditimpa bencana. Ketika al-Quran menceritakan tentang kaum Luth dan azab yang telah menimpa mereka, Allah pun menambahkan dengan firmanNya: “Dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.” Maksudnya adalah bahawa seksaan itu juga akan menimpa orang-orang yang melakukan perbuatan kaum Luth. Amaran Allah ini terus berkumandang di setiap masa untuk memperingatkan umat-umat seterusnya akan akibat perbuatan tersebut.

FOKUS MINGGU INI 5

LAIN DI MULUT, LAIN DI HATI

Oleh: Hjh. Nor Rihah Hj. Mohd Nadzir (K.B.,P.A)CITU

Salah satu dari penyakit rohani yang amat berbahaya ialah nifaq. Orang yang memiliki sifat itu disebut munafiq.

Asal makna nifaq ialah menampilkan yang baik sedang hatinya tidak begitu. Munafiq dalam erti popular ialah orang yang suka berpura-pura, lain di mulut, lain di hati. Dari istilah syarak pula ia membawa maksud “orang yang menyembunyikan kekufuran dalam hatinya dan menyatakan iman dengan lidahnya”.

Di dalam al-Quran dirakamkan bagaimana sikap-sikap orang munafiq ini sebagaimana mafhum surah Al-Baqarah ayat 9 – 10: “Dan sebahagaian daripada manusia ada yang berkata: kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian, pada hal mereka sebenarnya bukanlah orang yang beriman. Mereka hendak menipu Tuhan dan tiadalah mereka tipu melainkan diri mereka sendiri, akan tetapi mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Alah penyakitnya dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih, kerana mereka telah berdusta”
[Al-Baqarah ayat 9 – 10]

Firman Allah SWT. Lagi bermaksud: “Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman, tetapi apabila mereka berkumpul dengan pemimpin-pemimpin mereka , mereka berkata: sesungguhnya kami sependirian dengan kamudan kami hanyalah berolok-olok”
[Al-Baqarah ayat 14]

INDEKS AYAT AL-QURAN MENGENAI NIFAQ

Di dalam al-Quran surah khusus yang merakamkan sifat-sifat nifaq seperti di dalam surah al-Munafiqun, terdapat juga surah-surah lain yang menggambarkan bagaimanakah sebenarnya sifat dan sikap nifaq itu.

Untuk mengenali sifat dan sikap nifaq di samping mengenali lebih dekat lagi identiti dan watak orang munafiq itu lebih lanjut dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Munafiqun di mana ayat pertamanya (1) mengenai kepalsuan imannya, ayat ke (2) menjadikan sumpah sebagai perlindungannya, ayat ke (3) hatinya yang diliputi kabut dan ayat ke (4) mengenai ketakutan dan kecemasan.

Munafiq sebagai perosak
dirakamkan didalam Surah al-Baqarah ayat 11,12 dan 205.

Munafiq sebagai perusuh di dalam surah al-Ahzab ayat 60.

Munafiq yang menyalahi janjinya di dalam surah at-Taubah ayat 75 dan 76.

Munafiq yang takut terbongkar rahsianya di dalam Surah at-Taubah ayat 64.

Munafiq yang tidak ada pendirian dan ragu-ragu di dalam surah an-Nisa ayat 143.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda munafiq itu ada 3: dusta apabila dia berbicara, menyalahi janji apabila berjanji, khianat apabila dia dipercayai.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan bahawa Umar Ibnul Khattab amat waspada dan berhati-hati sekali terhadap sifat nifaq. Beliau mendatangi Huzaifah, pemegang rahsia Nabi s.a.w. dalam masalah munafiq untuk bertanya kepadanya, kalau-kalau pengaruh nifaq itu ada dalam diri beliau.

Sahabat-sahabat Nabi SAW yang selalu waspada terhadap penyakit nifaq itulah merupakan contoh dan suri tauladan yang baik dalam pencegahan nifaq. Dengan demikian untuk mencegah jangan sampai menyelinap dalam jiwa ialah dengan jalan muraqabah, mengawasi diri sendiri dan bersikap lawwamah, berani menegur diri sendiri. Jika ternyata gejala-gejala nifaq itu ada maka untuk menyelamatkan diri dari kejahatannya ialah dengan jalan taubat dan istighfar kembali berjalan di atas garis-garis dan prinsip iman dan taqwa dan memerangi segala sikap, sifat dan cabang-cabang nifaq.

Tarikh: 20 Februari 2009/24 Safar 1430 H
SUMBANGAN PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM UiTM

Monday, February 23, 2009

KARYA DARI PELAJAR 5


ANAK-ANAK GAZA

anak-anak itu
kasihan pada mereka
terbiar kaku
terbiar layu

anak-anak itu
tidak mengerti apa yang berlaku
mereka hanya mangsa
yang mampu memerhati

kasihan pada mereka
kesan-kesan fosforus itu
bisa menganggu
malah
mampu membunuh mereka

anak-anak Gaza
sabarlah kamu
ketahuilah kami di sini
sentiasa mendoakan kamu

semoga doa kami untuk kamu
memberi sejuta kekuatan
memberi ribuan keimanan
untuk kamu tabah
kamu kuat dan sabar
dalam menghidupkan kembali
bumi Gaza ini


AHz IZZATI

STUDENTS’ NITE PRAYER


Assalamualaikum pembuka bicara
Ku di sini dah mula berkata
Mahu membebel sepatah dua
Mari kawanku sediakan telinga

“3rd language” subjek kegilaanku
Je parle Francaise jadi pilihan
Terima kasih banyak Dr. Alexandreku
Je m’appelle NaOH itulah gelaran

Drug Delivery System subjek kegemaran
Nano partikel untuk pengenalan
Bermandi peluh pensyarah terangkan
Namun emulsi tak jadi sebabku berangan

Subjek Marketing suam-suam kuku
Hakikat sebenar bukan pilihanku
Tapi fakulti dah tetapkan begitu
Tuhan bagilah kekuatan padaku

Anatomi fisiologi dan sistem badan
Ingatkan Endocrine System otakku terbeban
“NaOH bangun! Study! Esok test!” Soya kejutkan
Terpisat dan bangkit dari mimpi khayalan

Aku benci pengiraan titratan
Lembap cam kura-kura otakku berjalan
Kawan lain dah lama kat depan
Kimia analisis memang memeningkan

Agak nak pitam aspirinku telan
Sebab hafalan perlu diteruskan
Selepas ujian pastiku pengsan
Itu dia Chemoterapeutic Drug punya penangan

Ku tau nak sukses kena ada kesabaran
Tapi rambut pun dah tumbuh uban
Lalu ku jerit , “Oh masa, cepatlah berjalan!”
Sesungguhnya memang ku dah tak tertahan!!!!!!!!!!!

NaOH ….

Monday, February 16, 2009

INFO DARI MALAYSIAN PHARMACEUTICAL SOCIETY


PENANG: The Clearinghouse for Tobacco Control (CTob) at the National Poison Centre in Universiti Sains Malaysia (USM) is to undertake a pilot project to monitor the quality of air in public areas in Penang.


CTob head Prof Rahmat Awang said on Thursday the project was in line with CTob's call for Penang to be made a smoke-free state now that George Town has been accorded World Heritage Site status by Unesco.


A proposal on the matter was submitted to the Penang government in October, and CTob was still waiting for a reply, he said.


He also said that the project was also in line with the Malaysian government's commitment, as a signatory of the Framework Convention for Tobacco Control (FCTC), to abide by five articles of the framework, among which was the need to legislate and implement a 100 per cent smoke-free environment to protect the Malaysian populace from the harm of exposure to secondhand tobacco smoke.


Rahmat said the project would be carried out using a special device known as the Personal Aerosol Monitor (PAM).
"The device is a real-time laser photometer with a built-in sampling pump that measures airborne particle mass concentration," he said.


Rahmat said monitoring the air quality in public places would create more serious public awareness of the environment, especially on the hazardous secondhand tobacco smoke in the workplace and public places.


In order to create more awareness on the danger of secondhand tobacco smoke, CTob is collaborating with the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) to create understanding on the hazards of secondhand tobacco smoke in the workplace and public places.
"There should not be any designated smoking room and exempted premises for smokers as these would pollute the surrounding air too," Rahmat lamented when referring to the moves by certain quarters not to take serious steps in stopping smoking at the workplace and public areas.
"Tobacco smoke is a cocktail of more than 4,000 chemicals, of which 69 are known to cause cancer, while secondhand smoke contains toxic gases and fine particles that damage the heart and lungs," he said.


According to research by the World Health Organisation (WHO), one person died every hour in Malaysia due to smoke-related diseases and one person died every second in the world due to the same cause.
CTob, which was established on Oct 1 2001, was jumpstarted with a RM1.5 million grant from the Rockefeller Foundation of United States and was given the task to garner and disseminate information on tobacco control to all interested parties and readers, focusing in particular on countries in Southeast Asia.
Touted as the region's first clearing house, it is a one-stop base to compile and distribute data on tobacco-related information.

KARYA DARI PELAJAR 4


I'm Happy Now.. ClosiNg an oLd BoOk n WriTiNG a NEW one WiTh All My lOVe oNes SuppOrtINg me n GuiDing me ThrOuGh LifE..
The BEST ThinG One Can HaVe is FRIENDSHIP..
thE GreaTesT THing ThaT onE wouLD fiNd is LOVE..
and the MOST BEAUTIFUL thing That One WouLD eXperieNCe is The JOuRNey FinDiNG Them..

nur jannah

HADITH MINGGU INI

Rasulullah SAW Bersabda: Orang yang bertaubat dari Dosa seperti orang yang tidak ada dosanya.

MARTABAT HADITH : HASSAN
SUMBER : HADITH RIWAYAT IBN MAJAH DARI ABDULLAH IBN MASUUD NO HADITH: 4250

Soal Jawab Agama 4

SOALAN:

Saya pernah Sembahyang Jumaat di salah sebuah Masjid yang menggunakan bahasa Arab sepanjang khutbahnya, soalan saya apa hukumnya serta sah kah solat Jumaat saya itu?

JAWAPAN:

Adapun tujuan khutbah Jumaat itu ialah nasihat. Dengan sebab itulah khutbah yang baik itu dan yang disyariatkan ialah yang dapat menjelaskan lagi ajaran Islam kepada masyarakat / Umat dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh makmum. Kalau majoriti makmum berbangsa Melayu dan tidak memahami bahasa Arab maka tidak sesuailah khutbah itu berbahsa arab kerana tidak menepati Syariat Khutbah itu sendiri. Semoga solat Jumaat saudara itu Sah dan diterima oleh Allah..Insyaallah.

SUMBER: KOLEKSI SOAL JAWAB MAHASISWA

Sedutan Khutbah Jumaat

“MANTAP IMAN UMMAH CEMERLANG”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(06 Februari 2009 / 10 Safar 1430H)

Iman adalah nikmat yang, menjadi penentu kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Tanpa iman segala amalan menjadi sia-sia. Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi SAW di Mekah selama 13 tahun yang menyentuh persoalan iman. Laporan media massa mengenai remaja Islam terlibat dengan seks bebas dan menjadi ahli kumpulan nyanyian di rumah ibadat bukan Islam memperlihatkan akidah semakin rosak dan rapuhnya benteng iman Perlakuan menyambut sambutan sempena Hari Kekasih atau Valentine's Day yang berlaku sejak sekian lama. semua itu menyimpang dari ajaran Islam dan penyebab kepada gejala sosial seperti perzinaan, rogol dan sebagainya. sambutan Hari Kekasih bagi orang Islam adalah bertentangan dan telah difatwakan haram oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-71 yang diadakan pada 22-24 November 2005.
Sebagai mukmin, kita bertanggungjawab memelihara, mempromosi dan mempertahankan setiap inci ajaran agama suci ini. sikap tidak peduli umat Islam bukan sahaja akan merosakkan diri sendiri, malah dari segi dakwah amat merugikan Islam.
Kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualiti nya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Marilah kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat dengan cara: memastikan anak-anak dididik dengan akidah yang benar dan dihayati, melarang remaja meniru amalan atau budaya kaum musyrik, Cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya, jauhi aktiviti yang sifatnya bergaul bebas meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam

SUMBER TEKS: IHSAN JAKIM

BIMBINGAN SEERAH SIRI 03


Nabi Luth dan suku Kan’an di Palestin
Susunan: Khairia Ismail

Bumi Palestin pada awalnya dikenali sebagai bumi Kan’an sempena mengambil nama kabilah Kan’an yang berhijrah ke sana pada tahun 2500SM. Kabilah ini telah membina 200 buah kota dan desa di Palestin seperti kota Bisan, Asqalan, Aka, Aifa, al-Khalil (Hebron), Biir Sab’a dan Baitul Maqdis.

Nabi Ibrahim yang berasal dari Babilon (Iraq) berpindah ke Palestin bersama keluarganya dan Nabi Lut a.s. Di Palestin, Nabi Lut a.s. telah diutuskan untuk menyeru kabilah Kan’an yang menyembah patung dan berhala supaya menyembah Allah Yang Esa. Kehendak Allah juga telah memutuskan bahawa Dia akan membinasakan kaum Luth itu yang telah melakukan perbuatan keji yang belum pernah ada orang melakukannya sebelum mereka di dunia pada masa itu. Kaum lelakinya telah dijangkiti penyakit homoseksual. Maka Allah telah mengutuskan malaikat untuk membinasakan mereka.

Sebelum itu para malaikat tersebut telah menyamar sebagai anak-anak muda dan berkunjung ke rumah Nabi Ibrahim a.s. Sebagaimana biasa Nabi Ibrahim a.s. akan melayani tetamu dengan baik dan akhirnya dia diberitahu mereka adalah para malaikat yang telah diutus oleh Allah untuk membinasakan penduduk Sodom dan Amurah (kaum Luth). Mereka juga membawa khabar gembira bahawa Allah akan mengurniakannya seorang anak yang bernama Ishak, dan bahawa (nabi) Ishak akan dikurniakan seorang anak yang diberi nama (nabi) Ya’akub.

Peristiwa ini dirakamkan di dalam al-Quran bermaksud:
“Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrahim dengan membawa khabar gembira, mereka mengucapkan, ‘Selamat’. Ibrahim menjawab, ‘Selamatlah’ maka tidak lama kemudian Ibrahim menghidangkan daging anak sapi yang dipanggang. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata, ‘Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah malaikat-malaikat yang diutus kepada kaum Luth.’ Dan isterinya berdiri (di sampingnya) lalu dia tersenyum, maka Kami sampaikan berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan sesudah Ishak (lahir pula) Ya’akub. Isterinya berkata, ‘Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh.’ Para malaikat itu berkata, ‘Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlul bait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah’. Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan malaikat Kami tentang kaum Luth. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi merendahkan diri dan suka kembali kepada Allah. Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.”
(Surah Hud:69-76)

FOKUS MINGGU INI 4

AYAT-AYAT CINTA

Hampir semua orang pernah merasakan betapa manisnya “CINTA” selalunya cinta akan diluahkan dengan ayat-ayat yang manis, gebu dan melemaskan. Tidak kurang juga yang menggambarkan cinta itu umpama ombak yang sering mengunjungi pantai yang tidak bertepi…begitulah Cinta dalam kehidupan manusia begitu indah dan agungnya amat sulit untuk diucapkan.

Dengan cinta lah juga seseorang itu mampu menuju bahagia. Dengan cinta lah juga seseorang itu mampu sengsara. Adapun Syurga yang penuh nikmat itu juga mampu diraih dengan cinta, manakala neraka yang gambarannya amat mengerikan itu dihuni oleh manusia yang hina dan ternoda akibat cinta.

CINTA HAKIKI
Bila cinta itu di bincang dan di tafsir, maka di mana titik noktahnya? di mana penghujungnya?, apa yang sebenarnya kita mahu dari cinta? Maka noktah cinta yang menjadi penghujungnya itu, lantaran menjadi matlamat manusia beria-ia benar bercinta ialah natijah dari cinta yang mampu membuahkan kebahagiaan yang hakiki.
Memang Cinta itu manis, cinta itu indah, akan tetapi kedua-dua sifat manis dan indah itu hanyalah relative sifatnya bak kata pepatah Melayu habis madu sepah dibuang. Maka Cinta yang hakiki itu apa? Cinta yang hakiki itu ialah cinta sejati, cinta seorang hamba yang tulus hanya kepada Allah. Bukan kah rasa manis dan cinta kepada Allah ini amat sukar untuk ditafsirkan?, indahnya Cinta kepada Allah amat susah untuk digambarkan?, tidak terungkap, kerana yang menjadikan ia manis dan indah itu ialah Zat Allah SWT. zat yang dicintainya itu sendiri, mana mungkin boleh ditafsirkan apatah lagi hendak digambarkan.

Bukankah Cinta itu memerlukan bukti? Sesiapa sahaja boleh mengaku bercinta tetapi bila ditanya buktinya? Tidak semua dapat membuktikan cinta yang hakiki dan sejati. Rasulullah SAW. bersabda :

“Tidaklah seorang hamba itu dikira beriman hingga aku (Nabi) menjadi orang yang lebih dicintai daripada keluarganya sendiri, hartanya dan manusia semuanya”
(Sahih Bukhari)

PEDOMAN BERCINTA

Allah telah memberikan sebuah pedoman untuk mengetahui hakikat ukuran pengakuan cinta seseorang. Adapun yang menjadi ukuran dan bukti cinta seseorang itu kepada Allah ialah sejauh mana seseorang itu mengasihi/ mengikuti petunjuk Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah Aku nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
[Surah Ali Imran : 31]

Semakin bertambah cinta seseorang mukmin kepada Allah dan Rasulnya, maka akan semakin bertambah manislah rasa imannya. Cinta Allah dan Rasul adalah cinta yang berpedoman dan merupakan cinta yang paling tinggi maqamnya .

Sabda Rasulullah SAW: dari Anas bin malik bahawa Rasulullah SAW. Bersabda: “Ada 3 hal yang barangsiapa memilikkinya nescaya ia akan dapat merasakan kemanisan Iman: [1] Allah dan Rasulnya lebih dicintai dari selainnya[2] mencintai seseorang itu semata-mata kerana Allah [3] benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana amat bencinya dirinya akan dimasukkan ke dalam api neraka”
[Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Oleh itu takutlah kita kepada Azab Allah, sesiapa yang takut akan azab Allah nescaya ia akan cinta kepada Rasul. Cinta kepada Allah dan Rasul itulah cinta yang hakiki lagi diredhai. Jauhkanlah dari cinta yang tidak membawa kepada keredhaan Allah, carilah cinta yang mampu membawa ke jalan Syurga. Hargailah Cinta yang sering mengungkap ingatlah Allah..ingatlah Rasul, oleh itu carilah teman bercinta yang selalu bersusah payah melindungi pasangannya dari dosa dan bisikan hawa nafsu syaitan yang memberahikan.


Tarikh: 13 Februari 2009/17 Safar 1430 H
SUMBANGAN PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM UiTM

INFO DARI MALAYSIAN PHARMACEUTICAL SOCIETY


Know Your Pharmacist Campaign (22nd February 2009, Kompleks Angsana, Johor Bahru)
The MPS of Johor in collaboration with the Bahagian Farmasi of the Johor State would be organizing the above event with details as follows:

Date : 22nd February 2009 (Sunday)
Time : 11.00am – 5.30pm
Venue : Kompleks Angsana, Johor Bahru

The event is to expose the service of pharmacist to the public. On the day, we will be having:
Kempen Derma Darah by Tabung Darah Hospital Sultanah Aminah


Exhibition Booth on
- Kenali Ahli Farmasi Anda
- Pharmacy Enforcement
- Pharmacy Service
- Pharmacist Counseling
- Pharmacist Health Check
- Selling Booth
- Quiz for the public

KARYA DARI PELAJAR 3















KU mahukan kebahagiaan & kesejahteraan di dunia & akhirat. KU juga ingin membantu & memimpin insan lain disamping mengejar cita2. "KU mungkin tidak sempurna,KU mungkin tidak yang terbaik,tatapi pengalaman & kesilapan bisa mendewasakan"

HADIS MINGGU INI 3

Dari Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah SAW. Bersabda: “Sudikah kamu aku tunjukkan yang dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa kamu, ditinggikan darjatmu? Maka seraya mereka beramai-ramai menjawab: “Ya kami mahu ya Rasulullah!” Rasulullah SAW. Bersabda: “Sempurnkanlah wudhuk walau dalam keadaan apa sekalipun (panas, sejuk atau sakit atau lain-lain) , Banyakkan melangkah ke Masjid, Nantikan waktu Solat (selepas menunaikan solat) maka itu berwaspadalah

[ Hadith Riwayat Muslim]

Soal Jawab Agama 3

SOALAN :
Soalan saya ialah. Apakah setiap kali berjumpa/ berselisih sesama kawan yang muslim wajib kita mengucapkan salam harap Ustaz tolong jelaskan?
JAWABAN:
Jika anda bertanya tentang hukum mengucapkan / memberikan salam itu hukumnya ialah Sunnah (mustahab). Sila Rujuk Hadith ini: Dari Abdullah bin ‘Amr R.A. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW. “manakah Islam yang terbaik?” Beliau SAW. menjawab “Engkau memberikan makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal”. (Riwayat Muslim. Hadith no.12) wallahu Aklam.

SUMBER: KOLEKSI SOAL JAWAB MAHASISWA

Sedutan Khutbah Jumaat

" GAYA HIDUP DI DUNIA MEMBAYANGI AHLI SYURGA ATAU NERAKA"

Sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai akan adanya syurga dan neraka dengan kata lain orang yang beramal soleh akan ke Syurga manakala orang yang ingkar akan ke Neraka.
Gaya hidup dan tingkah laku manusia yang mahukan Syurga Allah ialah beramal dengan amalan soleh, melaksanakan hak-hak Allah, mengerjakan kebajikan dan melakukan perbuatan yang membawa kebaikan.
setiap kebajikan atau kejahatan yang dilakukan manusia akan dicatat, di rekod dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikat-malaikat Nya untuk diperhitungkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Allah SWT menjadikan kita di dunia ini ada tanggungjawab tertentu dengan diberi akal fikiran supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup binatang yang amat merugikan di kemudian hari. Manusia yang berakal hendaklah celik akal dan celik mata agar kehidupan itu selari dengan ajaran Islam yang bebas daripada budaya maksiat agar di akhirnya dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan berintegriti.
Kita juga mestilah meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya. Seseorang itu tidaklah dinamakan baik apabila ia pada sebelah pagi memberi sedekah kepada orang miskin tetapi apabila sebelah petang pula melakukan kejahatan seperti rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Janganlah kita berangan-angan ingin memasuki Syurga Allah SWT sedangkan usaha dan gaya hidup kita dipenuhi dengan budaya maksiat. setiap kita yang mengaku beriman dan ingin ke Syurga perlu membuktikannya dengan melakukan amal ibadah dan amal soleh. Berikut adalah Langkah persediaan menjadi manusia yang soleh Pertama: Memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan, Kedua : Memastikan kehidupan kita sehari-hari tidak bercanggah dengan hak-hak Allah dan hak-hak manusia, Ketiga : Memperbanyakkan kebajikan kepada manusia seperti membantu mengurangkan kesusahan dan mempercepatkan urusan yang melibatkan kepentingan manusia, dan Keempat: Memastikan dalam kehidupan seharian tidak mencampuradukkan perkara yang halal dan perkara yang haram.

SUMBER TEKS : IHSAN JAKIM 11 APRIL 2008M /
04 RABIULAKHIR 1429H

BIMBINGAN SEERAH SIRI 02


Bani Israel keturunan nabi Ibrahim a.s.
Susunan: Khairia Ismail

Bani Israil berasal dari keturunan nabi Ibrahim a.s. Pada mulanya nabi Ibrahim tinggal di Babylon (Iraq) bersama ayahnya yang menjadi tukang ukir patung yang disembah oleh kaumnya dan raja Namrud yang kejam. Oleh kerana nabi Ibrahim a.s. tidak bersetuju dengan tingkahlaku kaumnya yang menyembah berhala, beliau telah diancam bunuh sehingga membakarnya. Namun dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa, api yang membakarnya menjadi sejuk.

Selepas itu nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin atas perintah Allah SWT bersama keluarganya dan nabi Lut. Di Palestin (Syam), nabi Ibrahim a.s. tinggal beberapa waktu lamanya. Kemudian negeri itu ditimpa bencana besar yakni bencana kelaparan dan berbagai mcam penyakit menular, sehingga ramai di antara penduduknya berpindah keluar dari Palestin untuk mencari rezeki. Maka akhirnya nabi Ibrahim bersama isterinya Sarah dan juga orang-orang beriman berhijrah ke Mesir.

Pada masa itu negeri Mesir diperintah oleh raja yang terkenal dengan kezaliman dan mengikut hawa nafsu. Semasa nabi Ibrahim dan isterinya Sarah berpindah ke Mesir, raja tersebut terpikat dengan kecantikan Siti Sarah dan bertanyakan nabi Ibrahim siapakah gerangan perempuan tersebut. Demi maslahah, nabi Ibrahim a.s. memberitahu bahawa perempuan tersebut adalah saudaranya, maka baginda dan isterinya dibenarkan tinggal di istana.

Nabi Ibrahim tinggal di Mesir dalam jangka masa yang lama dengan penghidupan yang mewah dan menyenangkan. Namun begitu, ramai yang dengki terhadap nabi Ibrahim a.s. di mana akhirnya nabi Ibrahim a.s. terpaksa berpindah semula ke Palestin. Sejak itu Palestin dijadikan tempat tinggal tetapnya dan tempat tinggal keturunannya iaitu para Nabi dan Rasul yang datang kemudian. Bandar yang diduduki oleh nabi Ibrahim a.s. iaitu Palestin dijadikan tempat suci.

Setelah lama menetap di Palestin dan berkahwin dan dalam masa yang sama tidak mempunyai zuriat, Sarah mencadangkan agar nabi Ibrahim a.s. mengahwini hamba mereka iaitu Siti Hajar. Hasil perkahwinan itu, nabi Ibrahim a.s. dikurniakan putera Ismail a.s. Lama selepas itu barulah Siti Sarah melahirkan seorang putera bernama Ishak a.s.

FOKUS MINGGU INI 3

Akidah Ahli Sunnah wal Jemaah

Akidah yang sah adalah bertepatan iktikad Ahli Sunnah Wal Jemaah berdasarkan beberapa dalil daripada hadis-hadis yang sahih. Antaranya, sabda Rasulullah SAW; “Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rashidin yang di atas petunjuk.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi – Hasan Sahih).

As-Sunnah, di sudut bahasa, seperti yang disebutkan dalam kamus Lisanul Arab, bermaksud at-tariqah atau jalan, sama ada yang terpuji atau yang tercela. Mengikut golongan Ahli Hadis yang terdahulu, seperti yang dijelaskan oleh Mustafa as-Siba’ii dalam As-Sunnah Wa Makanatuha Fit Tasyri’ al-Islam, as-Sunnah bermaksud; “Sesuatu riwayat yang datang daripada Nabi SAW sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan, kejadian, akhlak atau sirah yang berkaitan dengan baginda, sama ada yang berlaku sebelum atau selepas baginda diangkat menjadi Rasul”.

Pada zaman mutakhir, persoalan akidah difokuskan oleh ulama ketika mendefinisikan maksud as-Sunnah. Ibn Rajab dalam Jami’ul Ulum Wal Hikam merumuskan pandangan ini dengan berkata; “As-Sunnah berkaitan dengan sesuatu yang sejahtera daripada sebarang kesamaran atau keraguan dalam iktikad, khususnya dalam persoalan yang berkaitan dengan iman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari akhirat. Demikian juga persoalan qadar dan keutamaan sahabat-sahabat Nabi SAW”.

Berhubung dengan perkataan al-Jemaah, ia adalah suatu golongan yang berjalan di atas landasan kebenaran, seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW; “Sesungguhnya golongan Yahudi dan Nasrani telah berpecah dalam agama mereka kepada 72 kumpulan. Umat ini akan berpecah kepada 73, kesemuanya di dalam neraka kecuali satu, iaitu al-Jemaah.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Hakim dan lain-lain).

Sahabat Abdullah ibn Masud berpendapat, al-Jemaah ialah golongan yang menepati kebenaran walaupun dalam keadaan seorang diri. Imam Ibn Taimiyah dalam Majmuk al-Fatawa berpendaapt, al-Jemaah bermaksud al-ijtimak atau perpaduan dan lawannya ialah al-furqah atau perpecahan. Justeru itu, al-Jemaah melambangkan suatu golongan yang bersatu. Dalam kitab Fathul Bari dinukilkan pendapat Imam Bukhari yang mengatakan, al-Jemaah ialah ahli ilmu dan pendapat yang sama diutarakan oleh Ibn Sinan. Imam as-Syatibi, al-Jemaah ialah para sahabat Rasulullah SAW secara khusus kerana akhirnya berjaya menegakkan kebenaran.

Abu Syamah dalam kitab al-Ba’ith berkata; “Yang dimaksudkan dengan perintah berpegang kepada al-Jemaah ialah berpegang dengan landasan al-Haq atau kebenaran serta mengikutnya. Hal ini disebabkan, al-Haq ialah landasan yang diikuti oleh jemaah yang pertama daripada kalangan Nabi SAW dan para sahabat dan ia tidak diukur mengikut jumlah pengikut-pengikutnya”.

Berpandukan nas dan tafsiran ulama, golongan Ahli sunnah Wal Jemaah ialah suatu golongan yang berpegang kepada prinsip-prinsip akidah yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah, serta berpandukan landasan para sahabat baginda serta ulama mujtahid yang muktabar. Sehubungan dengan ini, Imam Ibn Hazm berkata; “Ahli Sunnah Wal Jemaah ialah sahabat-sahabat Nabi SAW dan mereka yang mengikut minhaj serta landasan sahabat-sahabat baginda daripada kalangan tabiin, ahli hadis serta ulama fikah, daripada generasi ke generasi hinggalah ke hari ini”. Berpandukan dalil-dalil, antara ciri-ciri penting yang terdapat pada golongan Ahli Sunnah Wal Jemaah ialah:

•Mereka mengikut landasan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan mereka.

•Ketaatan mereka ialah kepada kebenaran bukan berdasarkan fanatik kesukuan, warna kulit, bangsa, tarekat, kedaerahan dan seumpamanya.

•Mereka mengiktiraf wujudnya perbezaan pendapat di sudut fikah terutamanya dalam perkara cabang dan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk berpecah belah.

•Mereka meyakini al-Quran ialah Kalam Allah yang qadim bukannya makhluk.

•Mereka meyakini Allah tidak dapat dilihat di dunia ini. Di akhirat nanti orang yang beriman dapat melihat Allah dengan kedua mata mereka.

•Mereka meyakini iman mempunyai perkara pokok dan cabangnya. Kemaksiatan seseorang tanpa menjejaskan perkara pokok tidak menyebabkan seseorang menjadi murtad.

•Mereka mencintai Rasululhah SAW, ahlul bait, isteri-isteri serta sahabat-sahabat baginda tanpa meyakini adanya kemaksuman kepada sesiapa pun kecuali baginda.

•Mereka berjihad demi mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran seperti yang dikehendaki oleh al-Quran dan as-Sunnah.

•Mereka mencintai orang-orang yang salih dan para wali Allah dan memberikan penghormatan kepada mereka. Namun mereka meyakini, golongan ini tidak dapat memberikan sebarang kemanfaatan atau mendatangkan sebarang kemudaratan kepada manusia terutamanya selepas mereka mati.

•Mereka meyakini keramat dan kejadian yang luar biasa harus berlaku ke atas para aulia hasil kurniaan daripada Allah.

(Sebahagian rencana dipetik dari buku ”Empayar Minda Muslim” oleh Dr. Danial Zainal Abidin)

Tarikh: 06 Februari 2009/10 Safar 1430H
SUMBANGAN PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM UiTM

HADITH MINGGU INI 2

“Berusahalah mencari rezeki dan keperluan hidup di awal pagi, sesungguhnya waktu pagi itu memberi berkat dan kejayaan”

[RIWAYAT AT-TABRANI & AL-BAZZAR]

Soal Jawab Agama 2

SOALAN :
Saya selalu diminta menjadi Imam di Surau Kolej / asrama. Pun begitu Saya amat runsing adakah saya benar-benar layak untuk menjadi Imam sebagaimana harapan makmum, kerana saya takut saya ditimpa dosa jika saya bersalah.

JAWABAN:
Terima Kasih di atas soalan itu, Syabas dan tahniah kerana makmum amat berharap kepada anda mengimami solat Jemaah mereka, ini bermakna sebahagian syarat Imam itu telah anda milikki . Adapun antara syarat lain untuk menjadi Imam itu ialah bacaannya yang baik khususnya Fatihah (makhraj dan tajwidnya) disamping suka mengamalkan sifat-sifat yang terpuji dan mejauhkan sifat-sifat yang keji.

SUMBER : KOLEKSI SOAL JAWAB MAHSISWA

Sedutan Khutbah Jumaat

"AMAL JARIAH MENGEMBIRAKAN UMAT ISLAM GAZA"

Umat Islam di seluruh dunia adalah bersaudara kerana Islam adalah agama persaudaraan. Dengan demikian apabila umat Islam di negara atau kawasan tertentu ditimpa malapetaka atau dizalimi, maka Umat Islam lain perlu membantu meringankan penderitaan mereka berdasarkan tali ikatan akidah Islam.
Budaya persaudaraan yang berasaskan akidah ini telah berjaya menegakkan negara Islam Madinah. Persaudaraan di kalangan Ansar dan Muhajirin yang ditindas, hingga dinyatakan bahawa keluarga Ansar yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai kepada saudaranya dari golongan Muhajirin. Mereka yang memiliki dua buah rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin manakala mereka yang mempunyai dua bidang tanah, diwaqafkan sebidang kepada Muhajirin. Sumbangan Saidina Abu Bakar yang telah mendermakan seluruh hartanya untuk Islam dan ummah yang tiada tolok bandingnya sehingga dikhabarkan tiada apa-apa yang ditinggalkan untuk keluarganya, melainkan Allah dan Rasul-Nya sahaja.
Sesungguhnya Persaudaraan sesama Islam akan terbukti apabila kita turut merasa susah, sedih dan bersedia membantu, Umum mengetahui saudara kita di Palestin benar-benar memerlukan pembelaan. Mereka kehilangan keluarga, rumahtangga, kemusnahan harta benda, sekolah dan hospital. Semenanjung Gaza kini memerlukan berbilion ringgit untuk dibangunkan semula. Justeru itu Sebagai saudara seakidah dan atas sifat peri kemanusiaan, maka kita berkewajiban terus menerus membantu mereka.
Mimbar ini amat berharap Sebagai warga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai taraf hidup bersegera membela saudara kita di Palestin, sama ada melalui protes, bantahan, derma atau bantuan sukarelawan semoga bantuan demikian akan menjadi amal jariah yang akan dapat di kecapi pahalanya di akhirat nanti. Ketahuilah bahawa di dalam surah al-Baqarah ayat 261 dan surah Ali Imran ayat 180, Allah SWT akan melipat gandakan pahala ke atas orang yang menderma kepada saudaranya yang susah dan akan mendapat siksaan kepada mereka yang bakhil lagi kedekut .
Sebagai Kesimpulannya amal jariah ini akan menjadi tanda keimanan seseorang, merapatkan tali persaudaraan, menggembirakan ummah, menghapuskan dosa, menambahkan rezeki; dan mewarisi amalan para Rasul, Nabi dan orang-orang soleh.

SUMBER & IHSAN JAKIM (23 JAN 2008)

BIMBINGAN SEERAH SIRI 01


Berbicara tentang bangsa Yahudi
Susunan: Khairia Ismail

Sehingga hari ini, ramai di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa Zionis Israel menjadi penyebab utama kepada berbagai mala petaka yang menimpa umat manusia dari semasa ke semasa. Mereka ibarat kanser ganas yang mesti dibongkar hingga ke akar umbi.

Dengan ruangan baru Bimbingan Seerah bermula minggu ini, saya sedaya upaya untuk berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian mendalami perlakuan bangsa Yahudi di pentas kehidupan dan ancaman mereka terhadap kaum muslimin dan umat manusia umumnya. Sebahagian besar rujukan adalah diambil dari buku tesis saya sendiri semasa menyempurnakan degree di UKM bertajuk “Persoalan Gerakan Yahudi: Punca dan Penyelesaian.”

Masalah utama umat Islam masa kini ialah kecetekan dan ketandusan ilmu. Kita kurang membaca dan memahami ilmu dengan baik. Kita tidak akan memahami Islam, jika kita tidak memahami tentang jahiliah. Jahiliah ada dua jenis, jahiliah kuno dan jahiliah moden. Kita tidak akan faham tentang al-Haq (kebenaran) kalau kita tidak memahami al-Batil (kebatilan). Seseorang tidak akan tampil menjadi seorang pembela Islam selagi ia tidak mengenali musuh-musuhnya serta mempelajari perancangan dan cara-cara kejahatan mereka. Sebagai yang dikatakan oleh Umar bin al-Khattab: “Sesungguhnya di antara yang menjadi sebab terlerainya simpulan-simpulan Islam satu demi satu adalah apabila tumbuh dalam Islam orang-orang yang tidak mengenal jahiliah.”

Begitu juga kita umat Islam tidak akan mendapat kemenangan selagi kita tidak mengetahui bagaimana musuh-musuh berfikir, apa yang menjadi sumber nilai dan landasan ideologi mereka, bagaimana mereka menjerut benang-benag penjerat leher lawan-lawannya, serta apa yang menjadi asas mereka sehingga mereka kelihatan begitu kuat dan kukuh berdiri di atasnya.

Justeru untuk mengetahui latarbelakang Yahudi, kita mesti mengetahui landasan ideologi, politik dan sosial mereka sehingga jelas terang pada kita terhadap apa yang dirancangkan oleh musuh terhadap diri dan umat Islam yang sedang merana di seluruh dunia.

Sekarang kita sedang menyaksikan bagaimana Masjidil Aqsa, tempat isra’ dan mi’rajnya Nabi Muhammad SAW merintih di bawah cengkaman Yahudi. Sekiranya kita tidak memahami masalah ini segera dan tidak menyusun perancangan yang realistik untuk membebaskan bumi yang penuh berkat ini dari tangan-tangan Yahudi laknatullah, maka kita akan semakin kehilangan peluang. Pada akhirnya kita hanya dapat menangis dan menyesali diri di waktu kita telah dipijak-pijak oleh kekejaman orang-orang yang mengaku sebagai keturunan para nabi terdahulu.

Sudah sampai masanya kita bangkit dari lena yang panjang, berbuat sesuatu dengan daya dan kuasa yang kita miliki, menghalang mimpi besar mereka untuk mewujudkan sebuah negara Israel Raya yang berpusat di Palestin menjadi kenyataan.

Kepada Allah kita memohon inayah dan pertolongan.

FOKUS MINGGU INI 2

Bertaut Dengan Allah, Berkasih dengan Manusia

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat Islam), sebagaimana orang mempelawa satu sama lain untuk menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa akan memujuk dan mengajak yang lain untuk bergabung bagi memusnahkan umat Islam dengan apa cara sekalipun). Seorang sahabat bertanya: ’Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?’ Baginda menjawab: ’Bahkan, bilangan kamu di waktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ibarat buih di atas air ketika banjir. Allah akan mencabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit al-Wahn’. Seorang sahabat bertanya pula: ‘Ya Rasulullah, apakah dia al-Wahn itu?’ Jawab Rasulullah: “Cinta dunia dan takut mati.”

Penyakit al-Wahn akan menyebabkan umat Islam merosakkan serta memudaratkan hubungan mereka dengan Allah, iaitu hablun minallah, apatah lagi hubungan mereka sesama manusia, iaitu hablun minannas.

Contoh dari aspek hablun minallah atau hubungan dengan Allah SWT, realiti umat Islam hari ini tidak ramai yang mempunyai sifat Taqwa dan Tawadhuk yang sempurna zahir dan batin. Mereka bersolat tetapi tidak khusyuk, fikiran menerawang ke sana sini, kebesaran Allah sedikit pun tidak hadir dalam jiwa sanubari mereka. Sedangkan jikalaulah yang dihadapkan itu adalah seorang raja atau pembesar negara, maka sudah tentu tumpuan yang penuh akan diberikan secara sukarela.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Sebab itu celaka untuk orang-orang yang bersolat, yang lalai dari solatnya, yang mengerjakan kebaikan untuk dilihat orang.” (Al-Ma’un: 4-6) Firman-Nya lagi bermaksud: “Bila mereka berdiri mengerjakan solat, mereka berdiri dengan amat malasnya. Mereka mengerjakannya supaya dilihat manusia sahaja. Mereka tidak mengingati Tuhan melainkan hanya sedikit sahaja.” (al-Nisa’:142)

Sifat ikhlas demi mencari keredhaan Allah SWT juga tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Amalan-amalan zikir sudah menjadi perkara yang terlalu asing dari jadual kehidupan harian. Hati mereka sedikitpun tidak berdetik melihat perkar-perkara maksiat berlaku secara berleluasa di sekeliling. Amaran-amaran Allah mengenai Hari Kiamat, Hari Hisab serta siksaan api Neraka sedikit pun tidak menggetarkan jiwa mereka dengan perasaan takut. Kecintaan kepada Rasulullah SAW dan rasa penghormatan kepada para sahabat baginda hampir tidak wujud. Para ulama yang merupakan ’waratharatul anbiya’ diperlekehkan ilmu mereka dan tidak dihormati sebagaimana sepatutnya.

Umat Islam hari ini rata-rata lupa bahawa takwa itu mencakupi unsur-unsur ZAHIR dan BATIN, iaitu bukan sahaja mencakupi amal ibadat zahihiriyyah tetapi juga perkara-perkara yang berkaitan dengan soal hati. Oleh kerana kebanyakan mereka hanya memikirkan perkara-perkara zahiriyyah dan melupakan perkara-perkara batiniyyah, maka ianya menjadi musibah besar kerana hati-hati mereka telah bersarang dengan sifat-sifat keji sehingga ada yang terjerumus kepada perkara kufur batin.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan perintah Allah, bertambah kekufuran mereka di samping kekufurannya yang telah ada, dan mereka mati dalam keadaan kufur.” (al-Taubah:125).

Firman Allah SWT lagi maksudnya: “Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: “Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipudaya.” (al-Ahzab:12)

Dari aspek hablun minannas, atau hubungan sesama manusia, umat Islam juga mempunyai sejarah yang amat buruk. Mereka menjadi orang-orang yang rendah akhlaknya, penipu, putar belit, penganiaya (kepada manusia dan binatang), tamak haloba, pemeras, hasad, khianat dan pengampu. Mereka berpuasa tetapi lidah mereka masih tetap tidak terpelihara dari umpatan dan kejian, masih menipu dalam perkara jualbeli, menikam saudara seagama dari belakang, memutuskan ukhuwwah Islamiyyah, berhasad dengki dengan kelebihan orang lain dan pengamal kepada falsafah ‘siapa kuat dia dapat’ (iaitu tidak lagi berpegang kepada konsep benar – salah).

Sedangkan pada hakikatnya, ajaran Islam yang lengkap dan sempurna bawaan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda telah terkandung segala unsur-unsur humanisme yang sebenar kerana Islam agama kesejahteraan zahir dan batin, dunia dan akhirat. Malangnya disebabkan umat Islam telah meninggalkan ajaran tasawuf dalam kehidupan mereka, maka unsur-unsur humanisme yang hakiki telah disingkirkan, langsung diambil tempatnya oleh falsafah Humanisme acuan Barat yang menitikberatkan persoalan kesejahteraan manusia di dunia dan memperjuangkan hak asasi kemanusiaan yang terkandung banyak unsur-unsur syirik (i.e membela golongan lesbian dan homoseks, pergaulan bebas, zina, mencemuh ikatan perkahwinan, mempertahankan kod moral yang bercanggah dengan ajaran Islam dan banyak lagi).

Bagaimanakah sifat-sifat terpuji yang berkaitan dengan hablun minallah dan hablun minannas seperti tawakkal, redha, takwa, tawadhuk, ikhlas, kasih mengasihi dan sebagainya dapat disesuaikan dengan falsafah Humanisme yang berpegang kepada konsep yang bertentangan dengan sifat tersebut? Sedangkan falsafah Humanisme acuan Barat itu tidak mengikat dirinya kepada konsep Tauhid. Lalu tidak hairanlah umat Islam yang mengambil Humanisme Barat sebagai pegangannya, mereka berada di tahap yang paling rendah, tidak hairanlah mereka diinjak-injak, dicerobohi dan diratah-ratah serta mendapat penghinaan besar oleh bangsa-bangsa lain khususnya orang kafir Barat. Adakah layak mereka mendapat pertolongan Allah SWT?.

Tarikh: 30 Januari 2009/3 Safar 1430H
SUMBANGAN PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM UiTM

KARYA DARI PELAJAR 2




















Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do'a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

INFO DARI MALAYSIAN PHARMACEUTICAL SOCIETY


USM will have country?s first nuclear pharmacy

GEORGE TOWN: After being conferred the nation’s only Apex (Accelerated Programme for Excellence) varsity, Universiti Sains Malaysia (USM) will again make history when the country’s first Nuclear Pharmacy Centre is set up.
The ambitious project is already in the planning phase.
It would be a collaboration between Japanese company Sumimoto and USM, its School of Pharmaceutical Sciences dean Assoc Prof Dr Syed Azhar Syed Sulaiman told a press conference at the university yesterday.
“The centre could even serve as a nuclear pharmacy hub catering to institutions and hospitals in the Asean region,” he said.
He added that despite cancer fast becoming the second highest cause of death in the country, there is no centre that is fully equipped to address the diagnosis and treatment of cancer using nuclear-based pharmaceutical products.
“It will cost more than RM30mil to set up the centre and we have already purchased a machine related to cancer treatment,” he said.

Sedutan Khutbah Jumaat 1

"JIHAD PENUHI TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH"

Peperangan yang berlaku di dunia ini bukanlah perkara yang disukai oleh manusia, malah ia perbuatan terkutuk kerana merosakkan dunia dan membunuh banyak nyawa. Penganalisis perang meramalkan bahawa perang dunia ketiga akan bermula di Timur Tengah, adapun peperangan dunia pertama berlaku pada tahun 1917 dan peperangan dunia kedua pada tahun 1941, Ramalan ini diasaskan kerana rantau Timur Tengah adalah kawasan yang paling tegang di dunia ketika ini disebabkan wujudnya kumpulan jihad yang tidak pernah berputus asa menentang penubuhan negara haram Israel.
Adakalanya peperangan itu akan menjadi perbuatan yang paling terpuji bila berbentuk jihad fi sabilillah,. Perang jihad dianggap terpuji kerana dilakukan untuk melenyapkan pengkhianat, menentang penjajah, mengusir imperialis dan mempertahankan kebebasan beragama. Dengan berjihad, maka maruah Islam terpelihara, umatnya terbela dan terjamin mulia. Skop jihad itu sangat luas. Ia bukan sahaja berperang melawan musuh yang ingin menjajah kedaulatan sesebuah negara tetapi berusaha membebaskan negara dan rakyat dari kesengsaraan penjajahan.
Selari dengan pendapat ulama, maka mimbar menyatakan bahawa perjuangan umat Islam Palestin menentang Israel adalah perang fi sabilillah. Pendapat ini menyatakan bahawa hukum berjihad adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam yang negerinya telah diserang oleh musuh. Bagaimanapun, ia menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam yang lain, yang berada di luar wilayah bergolak tersebut. Menurut Sheikh Ibn Taimiyyah, mempertahankan bumi umat Islam daripada musuh yang mengganas dan memusnahkan Islam serta kehidupan umat Islam adalah kewajipan yang paling penting ke atas setiap umat Islam selepas iman. Sesungguhnya Islam memberi penghormatan tinggi kepada mereka yang mati dalam perang fi sabilillah. Walaupun Islam membenarkan perang fi sabilillah tetapi umat Islam hendaklah mematuhi etika peperangan. Abu Bakar As- Siddiq pernah berpesan kepada kaum muslimin sebelum berangkat ke medan perang dengan mengingatkan tenteranya supaya jangan berbuat khianat, membunuh bayi, membunuh orang tua, membunuh kaum wanita, menyembelih binatang ternakan, menebang pokok, menghancurkan rumah penduduk, membakar ladang pertanian, mengganggu orang beribadat dan menyerang mereka pada waktu subuh untuk mengelak kaum wanita dan kanak-kanak menjadi panik. Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru pemimpin dan umat Islam mengambil langkah tambahan lain seperti berikut:

Pertama: perancangan strategik menguatkan sistem pertahanan negara-negara Islam; Kedua: membangunkan industri ketenteraan dan pertahanan tidak bergantung kepada negara Barat; Ketiga: mewujudkan pakatan tentera negara Islam; Keempat: menubuhkan pusat-pusat sukarelawan Islam dan tabung jihad yang berterusan bagi membantu umat Islam; Kelima: tidak membenarkan pengkalan tentera asing dibina di negara Islam.

SUMBER & IHSAN JAKIM (16 JAN 2008)

Soal Jawab Agama 1

SOALAN :
Soalan saya ialah yang berkenaan dengan Palestin. Siapakah pemilik sebenar Palestin dan Al-Aqsa?. Saya berpendapat ia milik kaum Yahudi kerana sejarah membuktikan Nabi-nabi di sana adalah dari kaum Yahudi. Kemudian barulah munculnya Nabi Muhamad SAW. Kalau ditengok dari susur galurnya memang Nabi dari Bani Israel yang telah terlebih dahulu bertapak di sana sebelum Islam datang. harap tolong jelaskan?
JAWAPAN:
Palestine dan al-Aqsa asalnya adalah milik kepada 3 agama samawi iaitu Nasrani, Yahudi dan Islam. Sejarah telah memaparkan tentang penyelewengan yang banyak dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani seperti membunuh para Nabi yang diutuskan kepada mereka (Yahudi). Oleh yang demikian Allah SWT telah menganugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW dari bangsa Arab untuk memiliki kemuliaan ini.

SUMBER & IHSAN JAKIM

HADIS MINGGU INI 1

Daripada Abu Malik, al-Harith bin ’Ashimal-Asy’ari katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Suci” adalah sebahagian dari Iman, “Alhamdulillah” memenuhi timbangan dan “Subhanallah Walhamdulillah” pula memenuhi ruang antara langit dan bumi. Sembahyang adalah cahaya, sedekah adalah bukti, Sabar adalah sinaran dan Al-Quran adalah hujah membela atau membangkang kamu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, lalu membebaskannya atau membinasakannya.

[Hadith Riwayat Muslim]

FOKUS MINGGU INI 1

Kenapa PALESTIN menjadi sasaran?

Pendita-pendita Bani Israel sentiasa mengaitkan kepercayaan agama Judisme dengan tanah suci Baitul Maqdis atau apa yang dikenali oleh masyarakat dunia sebagai kota Jurusalem. Ini berikutan bandar Jurusalem merupakan tempat bersejarah nabi-nabi dari kalangan Bani Israel dahulu kala, malah di situlah timbulnya ‘zaman keemasan’ sewaktu di bawah kepimpinan Nabi Sulaiman a.s.

Hakikatnya, Baitul Maqdis (Jurusalem) bukan sahaja merupakan tanah suci Bani Israel, tetapi juga bagi orang-orang Krisitan kerana di situlah tempat kelahiran Nabi Isa a.s. yang mereka sebut sebagai Jesus. Bagi umat Islam pula, Baitul Maqdis adalah salah satu di antara tiga tempat suci selain dari Makkah dan Madinah.

Bagaimanakah bermulanya sejarah Baitul Maqdis (Jurusalem) sebagai tanah suci kaum Yahudi? Mengapakah tempat tersebut dianggap hak milik eksklusif mereka sehingga mencetuskan berbagai konflik yang hebat dengan orang-orang Arab Palestin dan dunia Islam hari ini?

Dalam konteks sejarah Bani Israel, apabila Nabi Musa a.s. diperintahkan Allah untuk memimpin kaumnya untuk menuju ke ‘Tanah Yang Dijanjikan’ selepas bebas dari cengkaman kezaliman Firaun dengan menyeberang sungai Nil, tetapi belum sampai ke tempat tersebut, mereka telah mengingkari perintah Allah untuk berjihad memerangi kaum kafir di tanah tersebut. Akibat keingkaran itu, mereka tidak dapat memasuki tanah tersebut.

Tanah yang dijanjikan itu dikenali dalam sejarah sebagai wilayah Kan’an atau Palestin. Bumi berkat ini asalnya merupakan tempat penghijrahan Nabi Ibrahim a.s. atas perintah Allah selepas pengalaman menghadapi ancaman maut daripada raja Namrud semasa di Babylon (Iraq) kerana baginda memusnahkan berhala-berhala sembahan mereka. Oleh itu penghijrahan Bani Israel ke wilayah Kan’an adalah umpama ‘kepulangan semula’ ke tanah nenek moyang mereka.

Malangnya Bani Israel tidak mudah serik walaupun beberapa kali telah menerima hukuman kerana melanggar perintah Allah. Sebelum sampai ke tanah tersebut, sepeninggalan nabi Musa a.s. pergi bermunajat kepada Allah di Gunung Sinai (Bukit Thursina), mereka telah melakukan syirik dengan menyembah seekor anak lembu emas yang dibentuk.

Malah mereka terus menerus melakukan kezaliman serta perhambaan terhadap kaum-kaum lain yang dikuasai. Dalam masa yang sama mereka terlibat dengan kegiatan maksiat seperti minum arak dan berjudi walaupun larangannya telah terkandung di dalam kitab Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. sebelum ini.

Apabila Nabi Musa a.s telah wafat, digantikan dengan Nabi Yusha’, perangai Bani Israel makin menunjukkan tanda-tanda kepesongan, walaupun telah diingatkan oleh Nabi. Mereka telah mencipta berbagai jenis minuman keras dan permainan judi bertujuan untuk melekakan kaum yang dikuasai mereka, supaya tidak ada peluang bagi kaum yang dikuasai itu memikirkan jalan untuk menentang mereka.

Bukankah keadaan tersebut menyerupai penghidupan dunia moden masa kini yang didominasi oleh orang-orang kafir Yahudi dan Nasrani. Lakukan kezaliman dan penindasan, sogokan dengan hiburan dan maksiat yang asyik dan melekakan supaya mereka tidak ditentang?

Perbuatan melakukan kerosakan ini telah menyebabkan mereka dibenci dan diancam oleh kaum lain di antaranya kaum Amalakit yang dipimpin oleh Jalut, sehingga akhirnya mereka sendiri menjadi pelarian. Dengan kemunculan Nabi Daud sebagai pahlawan, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dan menguasai semula Palestin. Semasa pemerintahan Nabi Daud, baginda mula mendirikan Haikal Sulaiman tetapi tidak sempat menyiapkannya. Di sini jugalah Bani Israel dibimbing dengan ajaran-ajaran kitab Taurat. Firman Allah SWT bermaksud: “Kemudian mereka itu mengalahkan Jalut serta tenteranya dengan izin Allah, dan Daud dapat membunuh Jalut dan Allah memberikan kerajaan dan hikmah kepada Daud serta mengajarkan apa-apa yang dikehendakinya. (al-Baqarah:251)

Selepas kewafatan Nabi Daud, anaknya Nabi Sulaiman a.s. meneruskan rancangan pembinaan masjid tersebut dan ia telah menjadi simbol keagungan era pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. Walau bagaimanapun selepas kewafatan baginda, Bani Israel berpecah belah dan bercakaran sesama sendiri. Terbentuklah dua kerajaan Bani Israel, Kerajaan Utara dan Kerajaan Selatan. Kerajaan Selatan terdiri dari suku Yahuda dan Bunyamin. Kerajaan Selatan (Yahuda) telah menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negerinya.

Kerajaan Yahuda inilah yang telah mewujudkan ‘tuhan’ Yahweh yang khusus untuk Bani Israel dan bersifat perkauman, pembenci serta pembalas dendam. Mereka juga menyelewengkan ajaran Nabi Musa apabila ketua mereka mencemarkan Kitab Taurat dengan mengubah pinda serta menokok tambah termasuk menghalalkan apa yang Allah SWT telah haramkan contohnya dalam perkara riba.

Selain giat berperang antara satu sama lain, suku-suku Bani Israel juga telah membunuh n\Nabi Zakaria a.s. dan memenggal leher puteranya Nabi Yahya a.s. dan cuba membunuh Nabi Isa a.s. di atas salib, bagaimanapun Allah telah menyelamatkan baginda dengan membawanya ke langit. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan kerana perbuatan mereka; sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih, Isa anak mayram, seorang Rasulullah. Padahal bukanlah mereka membunuhnya dan bukan pula menyalibnya, melainkan orang yang serupa dengannya ” (al-Nisa’:157)

Tarikh: 23 Januari 2009/26 Muharram 1430H
SUMBANGAN PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM UiTM

Thursday, February 5, 2009

INFO DARI MALAYSIAN PHARMACEUTICAL SOCIETY



Pharmacists ready to take over dispensing of medicine (17-Jan-2009)


Malaysian Pharmaceutical Society president Datuk Nancy Ho says there are sufficient pharmacists now.

SUBANG JAYA: The Malaysian Pharmaceutical Society has proposed a "zoning" system to enable pharmacists to take over the dispensing of medicine from doctors.
MPS president Datuk Nancy Ho said the age-old argument of insufficient number of pharmacies in Malaysia was no longer true.

The society conducted a "geo-mapping" study to identify the locations of pharmacies in relation to clinics and found that in major areas like Klang Valley, Penang, Johor Baru, Kota Kinabalu, Kota Baru and Kuching, the ratio was enough to serve doctors.

Ho said pharmacists could set up 24-hour outlets to cater to the needs of clinics.

MPS wanted the zoning proposal to be implemented in selected towns and to let consumers decide where they wanted to get their prescribed medications.
Some 100 doctors and pharmacists will gather at a symposium, "Future Challenges for Healthcare in Malaysia" here tomorrow and one of the issues to be raised is separation of the role of doctors and pharmacists in providing healthcare.

"It is crucial that consumers are educated on the proper use of medicines."

KARYA DARIPADA PELAJAR


PERJUANGAN YANG BELUM/SUDAH SELESAI......



PERJUANGAN,

MUDAH DISEBUT SUKAR DILAKSANAKAN,
MEMERLUKAN SERIBU SATU PENGORBANAN,
BUKAN MEMERLUKAN MANUSIA TETAPI MEMERLUKAN INSAN,
UNTUK MEREALISASIKAN SEGUNUNG HARAPAN,
LANTAS MEMBUKA MATA SIFULAN,
YANG MENCACI, MENGHINA & MERENDAH-RENDAHKAN,
SEMANGAT PERWIRA YANG INGIN BERJUANG DAN CUBA BERTAHAN.

TEMAN,

PERJUANGANKU BUKAN BERSENDIRIAN,
SEMANGATKU AKAN LUNTUR JUA ANDAI DITEKAN,
VISIKU AKAN HILANG DIDODOI KEJAHILAN,
TANGISANKU BERLARI MENITI MATAKU YANG RAWAN,
LANGKAH PERWIRAKU LONGLAI AMAT MEMALUKAN,
TETAPI SIAPALAH AKU UNTUK DIBANDINGKAN DENGAN PAHLAWAN,
BUDAK YANG LEMAH, SENTIASA GAGAL & SERING DIGAGALKAN.

CIKGU,

BUKAN MAKSUDKU MEMALUKANMU,
CUMA PENDAPAT & SEMANGATKU YANG KELUAR BERTALU-TALU,
HANYA UNTUK MENOLONG MERINGANKAN BEBANMU,
HANYA UNTUK MENOLONG ANAK BANGSAKU,
TIDAK BERNIAT UNTUK MERENDAH KREDIBILITIMU,
TETAPI HENDAK MENGUBAH MENTALITI ORANG-ORANG MELAYU,
YANG SENTIASA LEMAH, LESU, LAYU & SENTIASA DIMALU.

KEKASIH,

HANYA KAU FAHAM AKU TERSISIH,
TIADA TEMPAT UNTUK MENUMPANG KASIH,
HATIMU TULUS SUCI BAK MAWAR PUTIH,
MEMBERI SEMANGAT TAK UBAH BERTASBIH,
WALAUPUN BUKAN TELAH DILATIH,
AKU TAHU ENGKAU BERSEDIH,
NAMUN, YAKINLAH KITA SEDANG BERKASIH.

PENDIDIK,

SEMANGATMU TINGGI BUKAN MEMBODEK,
KEHEBATANMU TERSERLAH AKALMU CERDIK,
BERJUANG BERMATI-MATIAN MENGAJARKU & ADIK-ADIK,
SANGGUP BERKORBAN MEMBIMBING KAMI YANG FASIK,
SEMANGATMU KINI LAKSANA MAGNET YANG MENARIK,
MENARIK DIRIKU MENERUSKAN MISIMU YANG BAIK,

SAHABAT,

LIMA TAHUN BERSAMA SENTIASA TERIKAT,
JALINAN HILANG KERANA SATU PENDAPAT,
JIWAKU PERIT AKIBAT DISEBAT,
OLEH IDEALISMEMU YANG BEGITU LIKAT,
MENGENEPIKAN HATI & PERASAAN SAHABAT,
MENGKHIANATI & DERHAKA SEPERTI HANG JEBAT,
MENGUBAH SEGALANYA TANPA BERTAUBAT ATAU BERJABAT.

PEMIMPIN,

PENGORBANANMU LAKSANA LILIN,
TIDAK MAMPU MENANDINGI WALAU TERINGIN,
KEHEBATANMU TERSERLAH WALAU DISAMBUT DINGIN,
SENTIASA BIMBANG NASIB BANGSAMU UMPAMA BERSALIN,
BARUKU TAHU SUKARNYA MEMIMPIN,
BERJUTA DURI, BEBANAN, KEJAHILAN YANG SENTIASA TERJALIN.

AL-AMIN,

SUNGGUHKU BANGGA KAU PEMIMPIN,
KITA BUKAN SERUPA WALAU SEBESAR KUMIN,
KAU BUKANLAH KEMBARKU DI DALAM CERMIN,
AKU TIDAK SETABAHMU & SEKUAT JIN,
NAMUN TELAH KU CUBA SEBAIK MUNGKIN,
APAPUN,.............. AMANAHMU AKAN KU PIKUL SEDAYA MUNGKIN.

TUHANKU,

AMPUNKANLAH AKU & BANGSAKU,
BIMBINGLAH KAMI YANG SENTIASA TERTIPU,
TERTIPU DENGAN SI IBLIS PENIPU,
KUATKANLAH SEMANGATKU LANTAS BERSATU,
BERSATU MEMBUKTIKAN KEBENARAN KATA-KATAMU,
KATA-KATAMU YANG MENGIKTIRAF DIRIKU,
DIRIKU YANG BERGELAR KHALIFAH KEBANGGAANMU.

BANGSAKU,

MUNGKIN BELUM TIBA MASAKU,
UNTUK BERKHIDMAT MENUTUP MALUMU,
UNTUK MENJULANG KEMBALI KEGEMILANGANMU,
NAMUN,......... HATIKU PASRAH TIDAK BERBANTU,
BANTULAH AKU WAHAI ORANG-ORANG MELAYU,
BERILAH AKU SEMANGAT KEPERWIRAANMU,
SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH YANG SATU.


NUKILAN,,

HAIRUL ZAIDI BIN MOHD SABAR
2007296568