tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
SILA HANTARKAN KARYA ANDA BERSERTA GAMBAR KEPADA KAMI DI ALAMAT karseza09@yahoo.com

Monday, February 16, 2009

BIMBINGAN SEERAH SIRI 02


Bani Israel keturunan nabi Ibrahim a.s.
Susunan: Khairia Ismail

Bani Israil berasal dari keturunan nabi Ibrahim a.s. Pada mulanya nabi Ibrahim tinggal di Babylon (Iraq) bersama ayahnya yang menjadi tukang ukir patung yang disembah oleh kaumnya dan raja Namrud yang kejam. Oleh kerana nabi Ibrahim a.s. tidak bersetuju dengan tingkahlaku kaumnya yang menyembah berhala, beliau telah diancam bunuh sehingga membakarnya. Namun dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa, api yang membakarnya menjadi sejuk.

Selepas itu nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin atas perintah Allah SWT bersama keluarganya dan nabi Lut. Di Palestin (Syam), nabi Ibrahim a.s. tinggal beberapa waktu lamanya. Kemudian negeri itu ditimpa bencana besar yakni bencana kelaparan dan berbagai mcam penyakit menular, sehingga ramai di antara penduduknya berpindah keluar dari Palestin untuk mencari rezeki. Maka akhirnya nabi Ibrahim bersama isterinya Sarah dan juga orang-orang beriman berhijrah ke Mesir.

Pada masa itu negeri Mesir diperintah oleh raja yang terkenal dengan kezaliman dan mengikut hawa nafsu. Semasa nabi Ibrahim dan isterinya Sarah berpindah ke Mesir, raja tersebut terpikat dengan kecantikan Siti Sarah dan bertanyakan nabi Ibrahim siapakah gerangan perempuan tersebut. Demi maslahah, nabi Ibrahim a.s. memberitahu bahawa perempuan tersebut adalah saudaranya, maka baginda dan isterinya dibenarkan tinggal di istana.

Nabi Ibrahim tinggal di Mesir dalam jangka masa yang lama dengan penghidupan yang mewah dan menyenangkan. Namun begitu, ramai yang dengki terhadap nabi Ibrahim a.s. di mana akhirnya nabi Ibrahim a.s. terpaksa berpindah semula ke Palestin. Sejak itu Palestin dijadikan tempat tinggal tetapnya dan tempat tinggal keturunannya iaitu para Nabi dan Rasul yang datang kemudian. Bandar yang diduduki oleh nabi Ibrahim a.s. iaitu Palestin dijadikan tempat suci.

Setelah lama menetap di Palestin dan berkahwin dan dalam masa yang sama tidak mempunyai zuriat, Sarah mencadangkan agar nabi Ibrahim a.s. mengahwini hamba mereka iaitu Siti Hajar. Hasil perkahwinan itu, nabi Ibrahim a.s. dikurniakan putera Ismail a.s. Lama selepas itu barulah Siti Sarah melahirkan seorang putera bernama Ishak a.s.