tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
SILA HANTARKAN KARYA ANDA BERSERTA GAMBAR KEPADA KAMI DI ALAMAT karseza09@yahoo.com

Monday, February 16, 2009

Sedutan Khutbah Jumaat 1

"JIHAD PENUHI TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH"

Peperangan yang berlaku di dunia ini bukanlah perkara yang disukai oleh manusia, malah ia perbuatan terkutuk kerana merosakkan dunia dan membunuh banyak nyawa. Penganalisis perang meramalkan bahawa perang dunia ketiga akan bermula di Timur Tengah, adapun peperangan dunia pertama berlaku pada tahun 1917 dan peperangan dunia kedua pada tahun 1941, Ramalan ini diasaskan kerana rantau Timur Tengah adalah kawasan yang paling tegang di dunia ketika ini disebabkan wujudnya kumpulan jihad yang tidak pernah berputus asa menentang penubuhan negara haram Israel.
Adakalanya peperangan itu akan menjadi perbuatan yang paling terpuji bila berbentuk jihad fi sabilillah,. Perang jihad dianggap terpuji kerana dilakukan untuk melenyapkan pengkhianat, menentang penjajah, mengusir imperialis dan mempertahankan kebebasan beragama. Dengan berjihad, maka maruah Islam terpelihara, umatnya terbela dan terjamin mulia. Skop jihad itu sangat luas. Ia bukan sahaja berperang melawan musuh yang ingin menjajah kedaulatan sesebuah negara tetapi berusaha membebaskan negara dan rakyat dari kesengsaraan penjajahan.
Selari dengan pendapat ulama, maka mimbar menyatakan bahawa perjuangan umat Islam Palestin menentang Israel adalah perang fi sabilillah. Pendapat ini menyatakan bahawa hukum berjihad adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam yang negerinya telah diserang oleh musuh. Bagaimanapun, ia menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam yang lain, yang berada di luar wilayah bergolak tersebut. Menurut Sheikh Ibn Taimiyyah, mempertahankan bumi umat Islam daripada musuh yang mengganas dan memusnahkan Islam serta kehidupan umat Islam adalah kewajipan yang paling penting ke atas setiap umat Islam selepas iman. Sesungguhnya Islam memberi penghormatan tinggi kepada mereka yang mati dalam perang fi sabilillah. Walaupun Islam membenarkan perang fi sabilillah tetapi umat Islam hendaklah mematuhi etika peperangan. Abu Bakar As- Siddiq pernah berpesan kepada kaum muslimin sebelum berangkat ke medan perang dengan mengingatkan tenteranya supaya jangan berbuat khianat, membunuh bayi, membunuh orang tua, membunuh kaum wanita, menyembelih binatang ternakan, menebang pokok, menghancurkan rumah penduduk, membakar ladang pertanian, mengganggu orang beribadat dan menyerang mereka pada waktu subuh untuk mengelak kaum wanita dan kanak-kanak menjadi panik. Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru pemimpin dan umat Islam mengambil langkah tambahan lain seperti berikut:

Pertama: perancangan strategik menguatkan sistem pertahanan negara-negara Islam; Kedua: membangunkan industri ketenteraan dan pertahanan tidak bergantung kepada negara Barat; Ketiga: mewujudkan pakatan tentera negara Islam; Keempat: menubuhkan pusat-pusat sukarelawan Islam dan tabung jihad yang berterusan bagi membantu umat Islam; Kelima: tidak membenarkan pengkalan tentera asing dibina di negara Islam.

SUMBER & IHSAN JAKIM (16 JAN 2008)

No comments:

Post a Comment