tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
SILA HANTARKAN KARYA ANDA BERSERTA GAMBAR KEPADA KAMI DI ALAMAT karseza09@yahoo.com

Monday, February 16, 2009

Sedutan Khutbah Jumaat

" GAYA HIDUP DI DUNIA MEMBAYANGI AHLI SYURGA ATAU NERAKA"

Sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai akan adanya syurga dan neraka dengan kata lain orang yang beramal soleh akan ke Syurga manakala orang yang ingkar akan ke Neraka.
Gaya hidup dan tingkah laku manusia yang mahukan Syurga Allah ialah beramal dengan amalan soleh, melaksanakan hak-hak Allah, mengerjakan kebajikan dan melakukan perbuatan yang membawa kebaikan.
setiap kebajikan atau kejahatan yang dilakukan manusia akan dicatat, di rekod dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikat-malaikat Nya untuk diperhitungkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Allah SWT menjadikan kita di dunia ini ada tanggungjawab tertentu dengan diberi akal fikiran supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup binatang yang amat merugikan di kemudian hari. Manusia yang berakal hendaklah celik akal dan celik mata agar kehidupan itu selari dengan ajaran Islam yang bebas daripada budaya maksiat agar di akhirnya dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan berintegriti.
Kita juga mestilah meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya. Seseorang itu tidaklah dinamakan baik apabila ia pada sebelah pagi memberi sedekah kepada orang miskin tetapi apabila sebelah petang pula melakukan kejahatan seperti rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Janganlah kita berangan-angan ingin memasuki Syurga Allah SWT sedangkan usaha dan gaya hidup kita dipenuhi dengan budaya maksiat. setiap kita yang mengaku beriman dan ingin ke Syurga perlu membuktikannya dengan melakukan amal ibadah dan amal soleh. Berikut adalah Langkah persediaan menjadi manusia yang soleh Pertama: Memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan, Kedua : Memastikan kehidupan kita sehari-hari tidak bercanggah dengan hak-hak Allah dan hak-hak manusia, Ketiga : Memperbanyakkan kebajikan kepada manusia seperti membantu mengurangkan kesusahan dan mempercepatkan urusan yang melibatkan kepentingan manusia, dan Keempat: Memastikan dalam kehidupan seharian tidak mencampuradukkan perkara yang halal dan perkara yang haram.

SUMBER TEKS : IHSAN JAKIM 11 APRIL 2008M /
04 RABIULAKHIR 1429H

No comments:

Post a Comment